“Orang Yang Pernah Dirasuk Syaitan Faham Ke Isu Sebenar…?”, Najib Jawab Hantaran Instagram Chef Wan

436

Dari Facebook Najib Razak;

Orang yang pernah dirasuk syaitan ini orang politik, ikon atau chef?

Dia faham ke apa isu sebenar ke apabila dia menggunakan propaganda berdasarkan siaran media Guan Eng untuk tuduh BN banyak jual tanah?

Terdahulu, Guan Eng tuduh BN pernah jual tanah yang jumlahnya RM4.4 bilion.apabila dia cuba mempertahankan kerajaan PH menjual aset negara berpuluh-puluh bilion dalam tempoh 15 bulan selepas PRU14.

Guan Eng turut mengeluarkan senarai 16 penjualan tanah kerajaan PUSAT BN dari tahun 2010 hingga 2017 masa BN.

(Ini kerajaan pusat kerana kerajaan pusat tidak ada kuasa untuk penjualan di negeri lain kerana hak tanah adalah di bawah negeri masing-masing.)

Lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan terdahulu – Guan Eng
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-rm4-bilion-tanah-kerajaan-persekutuan-dijual-kerajaan-terdahulu-guan-eng-219587
Ini bermaksud Guan Eng cuba tuduh kerajaan BN telah jual 180 ekar tanah kerajaan dengan nilai jualan RM4.4 bilion dalam tempoh 8 tahun.

Atau purata penjualan RM550 juta setahun dan juga purata 22.5 ekar diual setiap tahun oleh kerajaan BN masa dahulu.

16 penjualan dalam masa 8 tahun dan purata penjualan 22.5 ekar setahun ini kira banyak ke?

Perhatikan juga bahawa tanah TRX dan tanah Bandar Malaysia tidak ada dalam senarai Guan Eng.

Ini adalah kerana TRX dan Bandar Malaysia adalah dijual kepada 1MDB yang 100% milik kerajaan.

Guan Eng tak sampai begitu kurang cerdik untuk tuduh kerajaan jual kepada kerajaan bermaksud kerajaan sudah jual tanah kepada pihak swasta.

Kita juga bandingkan dengan rekod Guan Eng jual tanah kerajaan masa dia Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beribu-ribu tanah dan hak tanah kerajaan Pulau Pinang sudah dijual oleh Guan Eng masa itu.

Ikon Felda tak mahu sebut ke?

Guan Eng juga tuduh bahawa kerajaan BN ada jual tanah melalui rundingan terus dan dia kata ini salah!

Tapi terkandung dalam senarai tanah yang dijual Guan Eng ialah sebidang tanah di Peel Avenue yang dijual dengan harga RM156 juta.

Tanah ini adalah dijual secara rundingan terus.

Mula-mula dia tak nak jawab tapi selepas kantoi teruk, dia pertahankan penjualan ini dengan alasan kerana masa terdesak dan penjualan tanah melalui rundingan terus tidak salah kerana ianya boleh merancakkan ekonomi:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/01/07/guan-eng-exceptions-to-open-tenders-for-urgent-projects/

Begitu juga dengan penjualan-penjualan tanah masa BN yang ada rundingan terus. Kebanyakannya adalah projek PPP untuk matlamat pembangunan spesifik.

Dengan siaran media dia minggu lepas, Guan Eng juga telah membuktikan bahawa kerajaan pusat masa saya BN tidak banyak menjual tanah kerajaan walaupun sering dituduh jual negara oleh penyokong PH.

Satu lagi propaganda menipu PH sebelum PRU14 telah terjawab.

Terima kasih Guan Eng.