Pelakon Fail Saman, Bekas Suami Dakwa Kemaluannya Berbau Seperti Ikan Masin

556

Seorang pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq memfailkan saman terhadap bekas suaminya, pelakon Galih Ginanjar yang mendakwa kemaluannya berbau seperti ikan masin.

Pendedahan itu dibuat Galih ketika ditemubual seorang hos TV, Rey Utami untuk program yang disiarkan menerusi saluran YouTube miliknya.

Video yang kini semakin menjadi tular memaparkan temubual di antara Galih dan Rey di mana Galih turut menceritakan hubungan intim suami isteri di antaranya dengan Fairuz kebiasaannya hanya bertahan selama 15 minit sahaja ketika mereka masih bergelar suami isteri.

null
Galih Ginanjar muncul dalam program kelolaan Rey Utami di saluran Youtube Rey.

Video

Pasangan itu berkahwin pada 2011 namun disahkan bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

‘Bengang’ dengan pendedahan itu, Fairuz dan suaminya, Sonny Septian telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu atas sebab menyebarkan kandungan program yang tidak bermoral.

Pasangan itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jakarta ditemani peguam mereka, Hotman Paris Hutapea. Jika disabitkan bersalah, Galih akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.