Pendedahan PAC Bantutkan Rancangan Guna Duit Petronas Untuk Bayar Balik GST?

843

Selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan bahawa tiada wang kutipan hasil GST yang hilang, seorang pemerhati politik yang juga blogger mempertikaikan kenyataan yang pernah dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Disember tahun lalu.

Klik untuk baca artikel penuh

Mohd Fadzil melalui status facebook miliknya menulis;

Kemana wang Petronas Guan Eng ambil bayar tunggakan GST yang tidak hilang?

Setelah PAC mendedahkan wang GST tidak dicuri atau hilang dan jumlah sebenarnya hanya RM1.5 bilion bayaran balik GST tertunggak. Itupun setakat 31 Mei 2018.

Semua orang tahu BN dah tak jadi kerajaan bulan Mei itu. Cuma caretaker government untuk 8 hari.

Persoalannya sekarang Guan Eng telah berbohong sebanyak RM19.4 bilion dan dia mengaku terpaksa menggunakan wang Petronas untuk bayar balik tunggakan tersebut.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-bisnes/terpaksa-guna-duit-petronas-untuk-bayaran-balik-gst-guan-eng-192998%3famp=1

Antara kenyataan Guan Eng “Oleh yang demikian, Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak sebanyak RM19.4 bilion pada tahun 2019.”

Sekarang ini wang itu tidak hilang seperti didedahkan oleh PAC kemana semua wang-wang Tunggakan dan wang yang Guan Eng ambil dari petronas

Kepada siapa wang itu dibayar dan bagaimana cara ia dibayar tanpa audit negara tidak berkata apa-apa berkenaan ini setakat ini.

Sehubungan itu Lim Guan Eng bukan sahaja perlu dihadap Jawatankuasa Parlimen tetapi kementerian kewangan juga patut digeledah dan diaudit bagi mengesan kemana wang Petronas yang Guan Eng gunakan?