Pendedahan Rakaman Suara Dibuat SPRM Sepatutnya Dipuji dan Bukan Dihina – Patriot

1131

Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio baru-baru ini sepatunya dipuji.

Itu pandangan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang mengalu-alukan usaha Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Presidennya, Mohamed Arshad Raji berkata, tindakan dan siasatan segera terhadap pendedahan itu wajar dilakukan.

Walaupun Patriot menyedari tindakan Latheefa mendedahkan rakaman itu berkemungkinan dikaitkan subjudis namun ia terserah kepada keputusan hakim.

“Patriot berpendapat, tindakan ketua pesuruhjaya SPRM dan pasukannya yang berdedikasi mendedahkan rakaman perbualan telefon itu sepatutnya dipuji, bukan dihina.

“Kami diberitahu, perdana menteri sendiri tidak dimaklumkan mengenai sidang akhbar tersebut. Ia adalah langkah positif ke arah menginstitusikan SPRM sebagai badan yang benar-benar bebas,” katanya.- MalaysiaGazette