Pengakuan Bekas Pengarah Urusan Ambank Tentang Dana RM2.6b Gambarkan Zeti, Guan Eng Menipu?

1365

Satu persatu terbongkar disebalik keterangan yang diberikan oleh para saksi didalam prosiding kes dana SRC. Terbaru, kenyataan yang dikeluarkan bekas Pengarah Urusan Ambank, Cheah Tek Kuang dilihat mampu membuatkan penafian oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 3 Julai 2018 dilihat amat mencurigakan.

Cheah Tek Kuang, Bekas Pengarah Urusan Ambank

Portal NTHqibord pada 19 Julai lalu melaporkan;

KELMARIN, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengetahui tentang derma Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu didedahkan oleh saksi ke-50 kes SRC International Sdn Bhd, Cheah Tek Kuang yang merupakan bekas Pengarah Urusan AmBank.

Kebenaran tentang derma Arab itu dikukuhkan lagi apabila mahkamah ditunjukkan dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$100 juta dan AS$375 juta pada 2011.

Dalam surat pertama bertarikh 1 Februari 2011, Arab Saudi mengesahkan derma sebanyak AS$100 juta atau RM306.15 juta mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.

Manakala surat kedua pula bertarikh 1 November 2011 menunjukkan Najib menerima derma Arab sebanyak AS$375 juta atau RM1.17 bilion mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.

Zeti sedia maklum tentang kedua-dua surat itu apabila ditunjukkan oleh Tek Kuang.

Dalam keterangan semalam, Tek Kuang berkata beliau menerima kedua-dua salinan surat itu daripada pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Gu Ping.

“Selepas menerima surat itu, saya menyerahkannya kepada Tan Sri Zeti,” kata Tek Kuang kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.>

Isu derma Arab dimainkan sebagai dana haram oleh pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun Najib berulang kali mengatakan wang itu merupakan derma, bukannya hasil aktiviti haram.

Sepanjang isu derma itu berlegar sehingga ke hari ini, Zeti tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan wang tersebut sebagai derma daripada Arab Saudi.

Walhal, beliau sudah dimaklumkan tentang pemberian wang tersebut dan menerima surat daripada Arab Saudi yang mengesahkan duit itu sebagai derma kepada Najib bagi menghadapi PRU13 pada 2013.

Bukankah sepatutnya beliau sebagai Gabenor BNM pada ketika itu wajar tampil memberi penjelasan tentang isu derma tersebut? – NTHQiBord, 19 Julai 2019. -NTHqibord

Zeti pada julai 2018 dipetik Berita Harian sebagai menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri itu.

Klik imej untuk bacaan penuh

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri itu.

Zeti yang kini menggalas tanggumngjawab sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, beliau dipaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dana RM2.6 bilion itu.

“Merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri (Najib) dalam temu bual bersama MalaysiaKini bertarikh 2 Julai lalu yang menyatakan saya menyedari transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri itu pada 2013.

“Saya mahu tegaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar,” kata ahli Majlis Penasihat Kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Zeti berkata, pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke pejabat Perdana Menteri dan Najib memintanya mengeluarkan kenyataan yang bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan kesalahan di dalam akaunnya.

“Saya memberitahunya (Najib) bahawa saya tidak dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak tahu transaksi yang berlaku dalam akaunnya.

Zeti menambah, beliau turut dihubungi seorang Menteri Kabinet pada masa itu yang memintanya berbuat perkara sama.

“Saya juga memberikan jawapan yang sama bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak tahu apa yang berlaku dalam akaun Najib,” katanya.

Berhubung perkara yang berkaitan dengan urus niaga oleh pemegang akaun dalam sistem perbankan, Zeti menjelaskan bahawa BNM bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan pelapor.

Katanya, komuniti perbankan menyedari sepenuhnya kawal selia dan garis panduan mengenai laporan sebarang urus niaga yang meragukan dan penilaian wajar yang diperlukan terhadap operasi mana-mana akaun sedemikian.

“Melainkan institusi perbankan yang berkaitan melaporkan kepada BNM mengenai salah laku dalam akaun atau jika BNM menerima maklumat yang memberi sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku, maka bank pusat tidak dapat memulakan penyiasatan terhadap akaun berkenaan,” katanya.

Dalam temubual ekslusif bersama portal berita Malaysiakini, baru-baru ini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, BNM sepatutnya memberitahu beliau jika ada keraguan berhubung dana berkenaan.

Tidak cukup dengan penafian yang dibuat Zeti, Menteri kewangan turut mengeluarkan kenyataan dan memberikan gambaran bahawa bekas Gabenor Bank Negara itu difitnah Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian pada tarikh yang sama melaporkan;

Klik imej untuk baca artikel penuh

PUTRAJAYA: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, tahu mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu tetapi tidak mempersoalkannya, adalah fitnah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, berikutan itu Zeti berhak mengambil tindakan guaman terhadap Najib berhubung dakwaan itu.

“Saya adakan majlis rumah terbuka Aidilfitri yang disambut pada peringkat dalaman di Kementerian Kewangan hari ini yang turut dihadiri Zeti serta Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainudin dan Zeti ada timbulkan perkara ini, menyatakan beliau tidak berpuas hati.

“Katanya (Zeti) apa yang ditimbulkan Najib itu dianggap sebagai fitnah. Saya menyatakan kalau ini fitnah, maka beliau (Zeti) harus mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya rasa Zeti sedang bincang perkara ini dengan peguamnya. Saya tak mahu cakap lebih daripada itu, mari ikut proses dan hak perundangan,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, dalam temubual bersama Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara sedar mengenai dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

“Jika Bank Negara tahu mengenai dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan berhubung sumbernya, mereka patut beritahu saya.

“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi, saya menyangka ia tiada masalah,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, kementeriannya tetap mempunyai keyakinan terhadap integriti dan kredibiliti Zeti.

“Jika kita hendak bandingkan integriti antara Zeti dan Najib, siapa yang akan anda lebih percaya?

“Siapa yang ada atau tidak ada beg jenama Hermes? Siapa yang ada barang kemas bernilai RM200 juta dan siapa yang ada wang tunai berjumlah RM140 juta?

“Saya akan mempercayai Zeti, jadi biarlah rakyat yang menentukan. Saya yakin Zeti tahu apa yang perlu dilakukan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Zeti ketika ditemui berkata, beliau tidak akan komen buat masa ini, namun akan memberi penjelasannya tidak lama lagi berhubung dakwaan Najib itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu sekarang tetapi pada satu ketika, anda akan mendapat jawapannya, anda akan tahu bila,” katanya ketika ditemui di Menara Ilham selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini.

Zeti yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan, turut dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar minggu ini.

Zeti dan Lim Guan Eng dilihat perlu untuk tampil dengan kadar segera untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Urusan Ambank itu sekiranya mereka berada dipihak yang benar. Tindakan mendiamkan diri dari kedua-dua individu ini hanya akan menambahkan persepsi buruk rakyat dan merosakkan kredibiliti mereka sebagai orang yang amat dihormati.

Baca juga; Genap Setahun Menabur Janji, Kini Dimana Zeti Menghilangkan Diri?