Penjawat Awam Beragama Kristian Diberi Cuti Tanpa Rekod Sempena Good Friday Bermula 2019

341

Bermula tahun ini, penjawat awam beragama Kristian diberikan keistimewaan cuti tanpa rekod bagi menyambut Good Friday yang jatuh pada 19 April ini.

Sebelum ini, cuti perayaan Good Friday hanya terpakai bagi Sabah.

Sabah menyambut tiga hari pelepasan yang tidak disambut di mana-mana bahagian lain dalam negara ini.

Good Friday adalah cuti umum yang membenarkan penganut Kristian mengingati hari yang menurut Bible, Jesus mati disalib. Ia disambut pada hari Jumaat sebelum Easter.

Malaysia mempunyai populasi Kristian yang kecil dengan hanya lebih sembilan peratus daripada warganegara menganut agama Kristian pada bancian 2010. Walaupun begitu, di Sabah, 30% penduduknya adalah penganut Kristian.