Penjawat Awam Diselar Agar Setia Kepada Kerajaan Baru dan Bukan Kerajaan Terdahulu.

179

Penjawat awam wajib memberikan kesetiaan mereka kepada negara dan bukannya kepada pemimpin atau parti politik tertentu, tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Ketika memberikan ucapan di perhimpunan bulanan dengan kakitangan di Jabatan Perdana Menteri, Tun Mahathir berkata, pemimpin penting tetapi negara lebih utama.

“Jangan terlalu taksub kepada pemimpin atau parti hingga lupa kepada negara. Kita tidak perlu beri kesetiaan kepada orang-orang ini yang telah menghasilkan kerosakan kepada negara,” kata Tun Mahathir.

Beliau dipercayai menyelar sikap sesetengah pegawai kerajaan yang masih memberikan kesetiaan kepada parti lama iaitu BN yang telah memerintah negara ini selama 61 tahun sebelum ini.

“Perubahan ketara telah berlaku. Memang saya akui sejak merdeka kerajaan tidak pernah bertukar. Parti itu telah perintah selama 61 tahun tetapi kali ini rakyat pilih untuk tukar kerajaan,” kata Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 21 tahun sebelum ini.

Beliau yakin tentu timbul tidak senang dan tidak tentu arah sebab sudah setia selama 61 tahun.

“Tetapi sekarang perlu beri kesetiaan kepada kerajaan yang dulunya musuh kepada kerajaan dulu,” kata Mahathir.