Penyelesaian RM1.4j : Clare Rewcastle-Brown Kantoi, Nombor Akaun Bank Islam Tidak Wujud?

583

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.

Walaupun Clare mendakwa Sarawak Report telah bersetuju untuk merahsiakan bayaran yang terlibat, hari ini portal tersebut telah melanggar perjanjian dan mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa sebagai dokumen penyelesaian melibatkan Presiden PAS itu.

Antara dokumen yang didedahkan termasuklah sekeping surat yang didakwa adalah Syarat-syarat perjanjian di luar mahkamah yang dibuat.

http://www.sarawakreport.org/2019/02/time-to-clear-the-air-on-the-pas-payment-to-sarawak-report/?fbclid=IwAR1b9oI4reDxi7WsJ9nrKNbt_Lm1vffX9AwRoUTrA0VM2BT3Chsf9akf93c

Namun begitu, berdasarkan semakan Msentral melalui https://www.ocbc.com.my/assets/pdf/Giro/IBG_Participating_Banks_Account_Structure.pdf mendapati nombor akaun Bank Islam 9010001388 seperti yang dipaparkan portal Sarawak Reports adalah amat meragukan.

Bilangan digit nombor akaun Bank Islam yang dipaparkan melalui dokumen yang dikongsikan Sarawak Report, 9010001388 hanya mempunyai 10 digit, sedangkan semakan mendapati maklumat jumlah sebenar digit nombor akaun bagi Bank Islam adalah diantara 14 sehingga 16 digit.