Penyiasat Temui Mayat Dalam Pesawat Bawa Sala

148

LONDON: Penyiasat Britain semalam menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, semalam.

“Dalam keadaan mencabar, Cabang Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan kontraktornya berjaya menemui mayat yang dilihat sebelum ini di celah bangkai pesawat,” kata AAIB.

Pesawat ringan membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang, David Ibbotson, ke pasukan baru Liga Perdana, Cardiff City, hilang berhampiran pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu. — AFP