LIPIS – Seorang penyokong tegar Pas di Felda Sungai Koyan, di sini meluahkan perasaannya bila pertama kali menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Cameron Highlands, hari ini.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Mamat, dia tidak pernah bermimpi selama ini untuk mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya.

Tetapi kerana taat kepada pimpinan, beliau sanggup mengenepikan perbezaan politik demi agama dan bangsa.

Seorang lagi penyokong Pas berkata, ada ahli parti itu yang menitiskan air mata kerana memikirkan pengorbanan besar yang mereka lakukan demi kemenangan Islam dan bangsa Melayu.

Mereka turut menyeru semua orang Melayu supaya bersatu dan bersama-sama menegakkan syiar Islam di negara ini.

Akhir sekali, pesanan mereka supaya penyokong-penyokong Pas akan dapat memberikan sokongan sekali lagi kepada BN di PRK Semenyih pada 2 Mac nanti.