Perbalahan Mahathir, Dong Zong Hanya Sandiwara

597

Dari facebook Ab Jalil Backer;

Sandiwara Khat Mahathir-Dong Zong

1. Pagi tadi saya mengutarakan pandangan bahawa serangan terbaharu Tun Mahathir ke atas Dong Zong sebagai pertubuhan rasis adalah satu sandiwara politik kedua-dua pihak sahaja.

2. Tidak masuk akal pertubuhan pendidikan Cina seperti Dong Zong hendak bergaduh dengan kerajaan kerana pengajaran tulisan khat sebanyak enam halaman dari beratus halaman buku teks bahasa Melayu terbabit.

Ab Jalil Backer

3. Tidak masuk akal juga untuk Mahathir yang sentiasa bersarapan dengan Vincent Tan; melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara; untuk menyinga kerana enam halaman tulisan jawi.

4. Mahathir bukan pejuang bahasa Melayu, apatah lagi tulisan jawi. Sejak dahulu bahasa Melayu bukan keutamaan Mahathir.

Justeru ini semua sandiwara Mahathir – Dong Zong menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan.

5. Pada 1999, Dong Zong telah menubuhkan Pertubuhan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Cina (Suqiu). Mereka mengemukakan memorandum 17 perkara kepada Mahathir yang merangkumi perubahan polisi dan struktur agihan ekonomi, pendididkan dan sosial negara.

6. Mahathir yang memerlukan sokongan kaum Cina untuk menang pilihan raya umum 1999 telah bersetuju mempertimbangkan permintaan-permintaan tersebut. Ini digunakan oleh Dong Zong dan Suqiu untuk menarik sokongan kaum Cina kepada BN.

7. Selepas PRU terbabit, Mahathir dan UMNO kehilangan banyak sokongan Melayu. Banyak kerusi Melayu jatuh kepada PAS dan PKR. Ini menggusarkan Mahathir dan mencari jalan mahu mendapat kembali sokongan orang Melayu.

8. Pada tahun 2000 beliau membuat kenyataan terbuka mengecam tuntutan Suqiu dan menganggap mereka adalah pertubuhan pelampau komunis. Sudah tentu orang Melayu marah mengetahui Dong Zong cuba mengugut Barisan Nasional ketika berhadapan pilihan raya umum.

9. Walaupun di kecam dengan hebat, Dong Zong sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Mahathir. Ini kerana ahli-ahli perniagaan yang menyumbang kepada pembangunan pendidikan Cina sentiasa mendapat projek dan keuntungan di bawah kerajaan Mahathir.

10. Saya turut menulis mengecam Suqiu pada tahun 2000 kerana tuntutan melampau mereka. Cuma kali ini jika Mahthir hendak kita menyokong beliau bergaduh dengan Dong Zong kerana isu tulisan jawi, kita biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya.

11. Beliau telah beri jawatan Menteri Kewangan kepada Lim Guan Eng, Peguam Negara kepada Tommy Thomas tetapi beliau hendak ajak kita mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam dengan tulisan khat 6 halaman?

12. Mahathir tidak kisah membawa masuk cauvinis DAP dan Hindraf ke dalam kerajaan dan memberi tempat penting kepada mereka, namun hendak mengamuk kerana bantahan isu remeh temeh ini?

13. Saya anggap ini hanyalah sandiwara politik kerana bukan DNA Mahathir mempertahankan tulisan jawi.

14. Orang Melayu yang berfikiran jauh tidak wajar peduli sama ada pelajar SJKC mahu belajar khat atau tidak.

15. Kita perlu ambil kisah bagaimana jawatan-jawatan utama negara telah digadaikan oleh Mahathir kepada DAP dan Hindraf.

16. Kita perlu ambil kisah saranan kroni Mahathir Tun Daim Zainuddin untuk menghapuskan dasar pro bumiputera.

17. Sesungguhnya ketika Mahathir memanggil Dong Jong rasis atau komunis suatu ketika dahulu, ahli-ahli perniagaan Cina yang menjadi kroni Mahathir juga penyumbang utama pertubuhan tersebut.

18. Jika Mahathir mahu sokongan orang Melayu ia memerlukan lebih daripada pergaduhan cap ayam mengenai tulisan khat di SJKC.