Perjumpaan Dengan Najib Perlukan Permit? Apa Sudah Jadi Dengan Akta Perhimpunan Aman 2012?

297

Semalam, beberapa laporan polis telah dibuat oleh penyokong Pakatan Harapan terhadap Najib Razak ketika ahli Parlimen Pekan itu memulakan lawatan tiga hari ke kawasan Parlimen Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Salah seorang pengadu, Shukor Bahari 54, membuat laporan polis di Balai Polis Kuah, Langkawi hari ini yang mendakwa penganjur program, “Selfie bersama DSN”, tidak mendapat permit lapor The Malaysian Insight.

Andai kata kegagalan memperoleh permit dijadikan alasan untuk menghalang sessi rakyat bertemu mantan Perdana Menteri di Langkawi, sewajarnya pengadu melakukan sedikit “homework” kerana ia amat memalukan dan menunjukkan bahawa individu tersebut terlalu cetek pengetahuannya tentang Akta Perhimpunan Awam 2012 (APA).

Akta Perhimpunan Aman 2012 (singkatan: APA 2012), juga dikenali sebagai Akta 736 ialah suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia. Akta ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Akta ini digubal selepas empat bulan perhimpunan Bersih 2.0 dan dua bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk meminda Akta Polis 1967. Ia dibentangkan di Parlimen pada 22 November 2011, diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 November dan di Dewan Negara pada 20 Disember, sebelum mendapat perkenan diraja daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2012.

Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong pada Mei 2013 menegaskan, Permit untuk perhimpunan awam tidak lagi diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).

“Tujuan keseluruhan Akta ini adalah untuk memastikan hak kebebasan berhimpun dan untuk menghapuskan keperluan untuk permit, ” tambah beliau melalui artikel yang diterbitkan melalui Astro Awani itu.

Jika kenyataan Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia itu diambil kira, apakah alasan laporan polis bahawa program bersama Najib ini tidak mempunyai permit wajar dan dapat diterima akal yang waras?

MUATTURUN APA2012 DI SINI.