PKR, Amanah Sudah Mula Rayu Tun M Tidak Tinggalkan Pakatan Harapan?

676

Dari Facebook Dr Kamarul Yusoff;

RAYUAN AMANAH DAN PKR KEPADA TUN DR MAHATHIR SUPAYA TIDAK TINGGALKAN MEREKA

AMANAH sudah gunakan hujah agama untuk halang Tun Dr Mahathir dari tinggalkan mereka.

Contoh nyata ialah hujah ini:

“Di antara hadis sahih yang paling keras memberi amaran kepada pengkhianat perjanjian ialah hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

لكل غادر لواء عند إسته يوم القيامة يرفع له بقدر غدره، ألا ولا غادر أعظم غدرا من أمير عامة (رواه مسلم)

“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang bendera di bontotnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap kedahsyatan khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat” (riwayat Muslim).

Di antara perjanjian yang terbesar dalam negara kita kini ialah perjanjian peralihan jawatan PM. Ia adalah satu perjanjian yang disaksikan Allah s.w.t., para malaikat dan rakyat. Ia wajib ditunaikan tiada khilaf.

Jika ada mana-mana agamawan yang datang memberi nasihat harus atau boleh melanggar perjanjian itu, maka itu adalah nasihat ulama suu’ (ulama jahat), walaupun alasannya ialah maslahah.
Alangkah buruknya nanti seorang pemimpin rakyat yang melanggar perjanjian umum untuk sebuah negara dibangkitkan di hari kiamat dengan bendera tertulis PENGKHIANAT yang dipacak di bontotnya dan dia diekori agamawan-agamawan buruk lagi jelik.”

Bacaan penuhnya di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3542297605782577&id=100000071166710

PKR pula sudah gunakan hujah akal untuk halang Tun Dr Mahathir dari tinggalkan mereka.

Contoh nyata ialah hujah ini:

“Mahathir berkemungkinan akan dapat mengekalkan jawatannya sehingga ke akhir penggal. Namun bagaimana keadaannya di peringkat negeri?

Jika kita melihat 3 negeri yang BERSATU menjadi MB iaitu Johor, Perak dan Kedah, tiada satu pun negeri-negeri ini yang Bersatu menjadi parti tunggal terkuat. PAS dan UMNO akan menuntut jawatan MB sebagai timbal balas kepada kerjasama ini.
Sanggupkah BERSATU kehilangan semua jawatan MB?

Selain dari itu, kerjasama ini akan memberi ruang untuk UMNO ‘menelan’ BERSATU. Pada PRU 15 nanti, siapakah yang akan ditampilkan untuk menjadi pengganti Mahathir? Jumlah ahli parlimen BERSATU yang jauh lebih kecil daripada UMNO berupaya menghilangkan ‘daya tawar’ BERSATU. Selain dari itu, jumlah ahli, cawangan, bahagian yang merupakan gambaran kekuatan jentera parti dan pengaruhnya juga menunjukkan BERSATU jauh ketinggalan berbanding UMNO.

Maka secara logiknya UMNO akan menampilkan pemimpinnya sebagai calon PM menggantikan Mahathir. Mahathir akan menjadi PM pertama dan terakhir dari BERSATU.”

Bacaan penuhnya di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219662218518383&id=1004475090

Beza AMANAH dan PKR hanyalah PKR ada sentimen lain terhadap Tun Dr Mahathir.

Contoh nyata ialah sentimen ini:

“Mungkin ada yang bertanya kenapa Mahathir sanggup mengambil langkah yang berisiko tinggi terhadap partinya demi kuasa terus ditangannya, jawapannya cukup jelas iaitu keegoan diri yang bersarang dihatinya.

Mahathir berasa cukup terhina jika terpaksa menyerahkan kuasa kepada DSAI, kerana baginya penyerahan kuasa tersebut adalah lambang ‘mengaku kalah’ dan ‘mengaku salah’ kepada DSAI. Mahathir sanggup mati dari menyerahkan kuasa kepada DSAI.”

Kita setakat senyum sahajalah.