PM Ke-7 Akan Dilantik Semula Sebagai PM Ke-8, Dakwa Redzuan

307

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yakin ‘drama’ politik yang sedang berlaku sekarang masih belum berakhir.

Malah, ahli majlis tertingginya yakin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bakal kembali ke kedudukannya.

“Saya berada di sini bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri ketujuh untuk menjadi Perdana Menteri ke lapan esok,” kata Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Redzuan berada di hadapan rumah Dr Mahathir selain turut kelihatan Senator P Waytha Moorthy.

Terdahulu sekitar jam 2.30 petang, bekas wakil rakyat PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin bersama beberapa pimpinan lain turut dilihat memasuki kediaman tersebut.

Selepas meletakkan jawatan sebentar tadi, Dr Mahathir mengumumkan dirinya keluar dari PPBM.

Dilaporkan beliau kini sedang mengadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).