#PRKCameronHighlands: Netizen Dakwa Calon PH Langgar Undang-undang Pilihan Raya

248

CAMERON HIGHLANDS: Usai tempoh berkempen 14 hari tempoh berkempen di Cameron Highlands, hari ini pengundi-pengundi dari DUN Jelai dan DUN Tanah Rata akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam menentukan individu yang akan mewakili mereka di Parlimen.

Seramai 61,639 pengundi berdaftar layak untuk membuang undi hari ini dan sebanyak 110 helaian kertas undi pos telah dikeluarkan kepada individu yang layak untuk mengundi melalui pos.

Walau bagaimanapun, proses pembuangan undi hari ini sedikit mencacatkan pemandangan apa bila ada dikalagan netizen mempertikai tindakan calon Pakatan Harapan (PH) yang hadir ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Senderut disini dengan memakai pakaian dengan logo parti bertanding.

Beberapa keping gambar beliau yang didakwa berada didalam kawasan pengundian turut tular di facebook.

Sekiranya benar, calon PH secara langsung telah melanggar
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi:

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi – 
(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.