KUALA LUMPUR 26 Jan. – Calon dari Barisan Nasional, Ramli Mohd. Nor secara rasmi, diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyatakan Ramli memperoleh 12,038 undi.

Pencabar terdekatnya daripada Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran pula memperoleh 8,800 undi.

Dua calon Bebas yang bertanding iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee pula ketinggalan jauh apabila masing-masing hanya memperoleh 314 undi dan 276 undi.