#PRKRantau : Kempen PH Gunakan Kanak-Kanak, SPR Nafikan Dakwaan Che’gu Bard?

399

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini tidak menerima maklumat berkaitan dakwaan kanak-kanak digunakan dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun, berkata jika berlaku seperti dilaporkan ia kemungkinan terletak di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

“Saya tak ada maklumat (menggunakan kanak-kanak ketika kempen)… itu saya rasa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak, kalau terjadi saya tak ada maklumat,” katanya pada sidang media PRK Parlimen Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan kanak-kanak digunakan ketika kempen PRK DUN Rantau yang sedang berlangsung ketika ini.

Baru-baru ini, calon Pakatan Harapan, Dr S Streram didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen pada sebelah malam di Taman Orkid di kawasan DUN Rantau.

Kumpulan kanak-kanak terbabit dibawa naik ke atas pentas ceramah sambil memegang kotak pensel warna.

Mengenai pengundian awal PRK DUN Rantau pada 9 April ini, Azhar berkata, seramai 118 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka di dua saluran mengundi.

“Polis dan SPR sudah membuat persiapan (pengundian awal), semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Di bawah ini adalah pendedahan yang dibuat melalui facebook Che’gu Bard;