#PRKRantau : Calon Bebas Dari PAN Cabar Calon PH

379
SEREMBAN, 30 Mac -- Empat calon disahkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan hari ini. Empat calon itu (dari kiri) Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional) Dr S. Streram (Pakatan Harapan), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan R. Malarvizhi (bebas). PRK itu diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu adalah tidak sah dan terbatal.?--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Pas menafikan calon Bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd. Nor Yassin, 67, adalah ahli parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sebaliknya berkata, hasil semakan rekod keahlian parti mendapati Mohd. Nor telah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sejak 10 Mac lalu.

“Saya telah membuat semakan mengenai status keahlian Pas bagi penama Mohd. Nor dan dengan ini mengesahkan rekod Pas menunjukkan bahawa beliau bukan ahli parti ini setelah menyertai Amanah.

“Sehubungan itu, beliau yang bertanding sebagai salah seorang calon Bebas merupakan ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, calon PH, Dr. S. Streram, Mohd. Nor dan seorang lagi calon Bebas, R. Malarvizhi, 51.