Rebah Selepas Solat Subuh, Pendakwah Hassan Din Disahkan Meninggal Dunia Setelah Dikejarkan Ke Hospital

447

KUALA LUMPUR 1 Mei – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat.

“Mendapat berita Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.”

“Marilah kita sedekahkan Al Fatihah” tulis halaman facebook itu.

Terdahulu, sebuah lagi laman facebook, Nabil Ahmad memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.