RoS Sahkan Tun M Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

523

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi pengerusi Bersatu kerana telah letak jawatan pada hujung Februari lalu, kata pendaftar pertubuhan (RoS).

Dalam sepucuk surat kepada Bersatu pada 5 Mei, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim mengesahkan jawatan pengerusi Bersatu kini berhak disandang oleh presiden Muhyiddin Yassin, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti itu.

Merujuk Perlembagaan Bersatu Perenggan 16.9 jelas mengatakan sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan atau diminta untuk meletakkan jawatan maka kekosongan itu akan diisi oleh Presiden sehingga pemilihan yang baharu diadakan.

“Sehubungan dengan perletakkan jawatan pengerusi tersebut, Presiden Bersatu berhak memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan selaras dengan Fasal 16.9 perlembagaan Bersatu.

“Oleh itu berdasarkan dokumen yang dikemukakan iaitu surat perletakkan jawatan Pengerusi Bersatu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sah dan pemangkuan jawatan Pengerusi Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin juga adalah sah dan berkuatkuasa selaras dengan peruntukan Perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi yanh baharu,” memetik kenyataan tersebut.

Kenyataan ROS itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal melalui ciapan Twitter sebentar tadi. – SuaraTV