RUM : Dahulu Sabotaj Kerajaan BN, Sekarang Sabotaj Kerajaan PH?

223

Dari blog KL Chronicle;

Kami di #KLChronicle merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Railwaymen Union Malaysia (RUM) yang telah mempersoalkan keputusan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan usaha – usaha yang akan dan bakal dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam membina semula dan me-Reformasikan Railway Asset Corporation (RAC).

Artikel asal kami : Klik Sini

Memetik kenyataan RUM:

Menariknya beliau menulis mengenai penulisan RUM mengenai Perbadanan Aset Keretapi (PAK atau “shorform” dalam bahasa Inggerisnya RAC), apa kena mengena dengan penulisan beliau mengenai RAC? apa kaitan penulis ini dengan RAC? yang kononnya RUM mengusik kerajaan Pakatan Harapan, adakah beliau menyedari bahawa isu kempen untuk menolak RAC bukan sahaja dalam kerajaan Pakatan Harapan tetapi sejak zaman Barisan Nasional. 

Rujukan : Klik Sini

Ini dengan jelas dan nyata membuktikan terdapat usaha – usaha didalam RUM untuk mensabotaj penstrukturan semula yang cuba dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Anthony Loke bagi membaik pulih KTMB yang setiap tahun mencatatkan kerugian. Kami di #KLChronicle memetik kata – kata Anthony Loke di dalam Parlimen:

Menjawab soalan asal Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) berhubung perancangan kerajaan terhadap rizab tanah RAC, beliau berkata, projek penswastaan melalui konsep usaha sama yang dijangka menjana pulangan ekonomi jangka pendek dan panjang akan dilaksana.

Katanya, projek penswastaan KL Eco City oleh RAC contohnya, berjaya menyiapkan sebuah stesen kereta api baharu di Kampung Abdullah Hukum di ibu negara pada akhir 2017 yang kini beroperasi sepenuhnya.

“Stesen terletak bersebelahan KL Eco City dengan nilai pembangunan kasar RM7 bilion ini merangkumi pembinaan komersial, pejabat dan kediaman.

“Ia bukan sekadar memberi sumber pendapatan baharu kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tetapi berupaya meningkatkan penumpang stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum sedia ada.

” RAC juga melaksanakan projek Kajang 2, iaitu pajakan tanah rizab keretapi secara jangka panjang kepada syarikat swasta dan ia dijangka meraih kutipan tunai tahunan dan pulangan sebuah stesen keretapi baharu yang dianggar tidak kurang RM20 juta,” katanya.

Rujukan: Klik Sini

Persoalanya sekarang, segala usaha yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan ini adalah untuk menyelamatkan KTMB, jadi mengapa RUM yang panas?

Motto RUM konon – nya adalah SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, jadi ini lah yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Oleh yang demikian, elok sahaja RUM dibubarkan dan biar Kementerian Pengangkutan serta kepimpinan KTMB serta RAC yang membina semula KTMB.

RUM, jika benar – benar ikhlas harus menyokong penuh usaha kerajaan Pakatan Harapan dan RAC serta jangan menjadi batu penghalang kepada agenda reformasi KTMB!