“Sajak” Tun M Dapat Balasan Teristimewa?

696

Dalam tulisan berjudul “Budaya Baru” di blog chedet.cc semalam, perkataan “boss” dipercayai merujuk Datuk Seri Najib Razak yang popular dengan ungkapan “Malu Apa Bossku”.

Dr Mahahir juga menggunakan perkataan “kleptokrat” dalam tulisan itu kononnya untuk merujuk Najib secara tidak langsung selain mengulangi perkataan “curi” sebanyak enam kali.

Pada masa ini, Najib berdepan beberapa pertuduhan mahkamah berkaitan pecah amanah, penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Berikut paparan tulisan tersebut:

Aku curi. Apa nak malu.

Apatah lagi aku boss kamu.

Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.

Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.

Nak malu apa. Bossku.

Bangsaku tak perlu malu.

Curilah

Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.

Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.

Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.

SAJAK ISTIMEWA JAWAPAN BALAS.

Selepas beberapa jam ‘sajak’ itu viral di laman sosial, aktivis politik Tun Faisal Ismail Aziz pula tampil dengan ‘sajak’ yang dilihat seakan-akan membalas dan merujuk kepada Perdana Menteri ke-7 itu.

Berikut adalah garapan tulisan beliau;

Anak aku bilionaire segera, apa nak malu

Aku bail out syarikat kapal anak aku, apa nak malu

Anak aku beli syarikat arak, apa nak malu

Anak aku, cucu aku sokong murtad, sokong lgbt, apa nak malu

Aku pun hina sunnah dan hukuman Allah, apa nak malu