Satu Lagi Janji PH Kepada Golongan Muda Pada PRU14 Akan Dibatalkan? Terengganu Malukan Putrajaya

723

Hari ini, selepas hampir 11 bulan mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu, PAS membuat kejutan apabila mengumumkan
peruntukkan sebanyak RM7 juta untuk pelaksanaan program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 yang akan memanfaatkan 25,000 belia negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata belia yang layak akan diberikan bantuan RM300 untuk mengambil lesen motosikal secara percuma.

“Ini satu lagi pelaksanaan janji manifesto pilihan raya yang berjaya disempurnakan oleh kerajaan Terengganu. Ia satu komitmen kerajaan negeri dan menerusi program LMTS 2019, ia bakal memberi manfaat kepada 25,000 rakyat Terengganu berusia antara 16 hingga 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program LMTS 2019 di Akademi Memandu Batu Buruk, di sini, hari ini.

ORANG ramai beratur menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan lesen motosikal di Driving Academy (BBDA), Batu Buruk. – Foto Ghazali Kori

Yang turut hadir Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhamad Khalil Abdul Hadi.

Wan Sukairi berkata, apabila gerak kerja program itu berjalan awal tahun ini, lebih 49,000 permohonan diterima di seluruh negeri untuk menyertai program itu, sekali gus memaksa kerajaan negeri melakukan saringan.

Katanya, mereka yang gagal kali ini akan diberi keutamaan untuk permohonan program LMTS pada tahun depan.

“Kita harap tahun depan kerajaan negeri dapat melaksanakan program ini dengan bajet yang akan dikemukakan dan dicadangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.

“Kerajaan juga sudah menyatakan komitmen untuk melaksanakan program ini setiap tahun. Bagi mereka yang gagal kali ini, boleh memohon sekali lagi tahun depan dan mereka akan diberi keutamaan,” katanya.

JANJI PH PADA PRU14.

Tindakan Kerajaan PAS Terengganu, itu sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan kerana janji untuk memberikan lesen percuma pernah dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin pada 06 Januari 2018.


Ulya Awamah Husamuddin

Sinar harian melaporkan;

SUBANG JAYA – Penggunaan internet dengan harga lebih murah dan yuran lesen motosikal percuma; itu janji Pemuda Harapan jika kerajaan menjadi milik Pakatan Harapan (Harapan) selepas PRU14 nanti.

Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin berkata, bantuan itu diberikan kerajaan Harapan untuk membantu anak muda yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup masa kini.

“Dengan keadaan gaji rendah dan tidak meningkat, anak muda menjadi golongan yang paling tertindas dan terpinggir di negara ini.

“Harapan akan menggandakan kelajuan internet sebanyak dua kali daripada kelajuan terkini, dengan kadar separuh daripada harga semasa,” katanya ketika membentangkan 10 Tawaran Anak Muda Harapan, di sini, hari ini.

Harapan dalam masa sama turut menjanjikan capaian internet meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan luar bandar.

Dalam masa sama, pihak Harapan turut mengesahkan akan membatalkan yuran perlesenan motorsikal bagi semua anak muda.

“Pemuda Harapan komited membela kebajikan penunggang motorsikal di negara ini.

“Laluan motorsikal dan tempat berteduh bagi motorsikal akan ditambah, termasuk lain-lain insfrastruktur yang sekian lama diabaikan kerajaan BN selama ini,” katanya.

Lebih memalukan, sehingga kini hampir ke semua manifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan sebelum menawan Putrajaya, tidak ditunaikan.