Saya Hanya Beri Sumbangan Raya, Bukan Rasmikan Majlis Khatam Al-Quran – Adun DAP

396

Susulan tular di media sosial gambar beliau memberikan sumbangan di Masjid Pengkalan Rama yang didakwa menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran semalam, akhirnya Adun Duyong, Damian Yeo (DAP) tampil membuat mempertahankan diri.

Melalui satu hantaran di facebook, beliau menulis;

Saya tidak merasmikan apa-apa majilis atau memberi apa-apa ucapan. Saya hanya memberi sumbangan raya dan kain pelikat kepada pegawai syarak termasuk penggali kubur. Kerana merekalah yang terawal dan terakhir dikubur sekiranya ada kematian. Pemberian saya adalah ikhlas kerana jasa mereka yang tidak terhingga. Saya hanya dijemput oleh pihak masjid untuk memberi sumbangan tersebut.

Yang merasmikan majilis Khatam Al Quran ialah Datuk Wira Speaker. Salam.

Sebelum ini halaman facebook Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka mendakwa, kehadiran Damian Yeo adalah bagi tujuan untuk menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran.

Halaman facebook itu menulis;

Dah takde pemimpin Islam dkalangan PH di Melaka terutama Kota Melaka.

Pengerusi Masjid Pengkalan Rama (PAN) jemput YB Duyong Damian Yeo (DAP) untuk menyempurnakan majlis KHATAM AL QURAN.

Diulangi Majlis Khatam Al Quran. Mana PEMIMPIN ISLAM di Melaka ni????

Siapa yang akan mempertahankan Islam di bumi Melaka ini?

Apakah bala yang nak datang ni?

Sebelum ini, boleh je jemput Mufti Melaka atau pun pemimpin Islam yang lain. Tak pernah berlaku sebelum ini, majlis melibatkan agama Islam disempurnakan oleh bukan Islam.

Firman Allah S.W.T; maksudnya…

“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”

Surah At Taubah; ayat 17

Pengerusi Masjid PAN ni nak jage bontot ke? Jilat DAP semacam ni?

Admin rasa kalau panggil YB Norhizam Hasan Baktee pun takpe. At least beliau dilahirkan Islam.

Tak mustahil akan datang Lim Guan Eng pulak dipanggil utk rasmikan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Kebangsaan.

Sedarlah wahai umat Muhammad SAW sekalian.

#TolakPH
#TolakDAP
#TolakPAN
#JalanTerus
#PemudaUmnoKotaMelaka
#PemudaBersaudara