“Saya lebih rela serahkan anugerah dari mohon maaf” – Chef Wan

570

Instagram, 9 Julai: Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata beliau rela menyerahkan kembali anugerah Ikon Felda dari memohon maaf.

Tambahnya lagi, beliau turut merasakan untuk memulangkan anugerah tersebut esok hari sekiranya mereka yang tidak menyukai pandangan beliau yang menurutnya diputar belit, berasa gembira dan puas hati.

“Bagaimana kamu memohon maaf kepada perkara yang kamu tidak kata secara umum yang ianya cuma ditujukan kepada individu tertentu di luar sana. Jika saya perlu memohon maaf pun, ia perlu dilakukan kepada mereka yang sensitif dengan cara saya katakannya.” – Chef Wan.

Beliau turut menegaskan tidak perlu minta maaf kerana apa yang dikatakan oleh beliau itu adalah perkara sebenar yang dialaminya ketika membesar di Felda

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau :

I told FELDA tadi rasa mcm esok pun nak pulang kan balik anugerah itu so that all those not happy with my view that was twisted can make them happy dan puas!
How can u appologise for the things that u didnt say generally when it meant only to a specific individu out there?
If i need to appologise pun it has to be to those specific people that are sensitive to way i said it.
Actually i rather serah kan balik anugerah itu dari memohon maaf pun as there nothing to applogise pun as that is the real truth that happened during my days growing up in Felda.
Since when telling the truth is wrong? – Chef Wan.

Terdahulu, Majlis Belia Felda Malaysia menggesa supaya anugerah ikon felda yang diberikan kepada chef selebriti itu ditarik balik kerana tindakan biadab beliau mengkritik warga Felda antaranya beranak seperti kucing, ulat sampah dan akan joli sekelip mata walaupun diberikan duit satu lori kelapa sawit.

Baca juga; [VIDEO] Peneroka Boikot Tun M : Ini Cerita Sebenar Yang Tidak Akan Dikeluarkan Di Media Arus Perdana

Baca juga; Sifatkan Kenyataan Chef Wan Biadap, MBFM Gesa Anugerah Ikon Felda Ditarik Balik dan Mohon Maaf Secara Terbuka

Baca juga; “Babi Beranak Lagi Banyak…” Ridhuan Tee Jawab Chef Wan

Baca juga; Chef Wan Label Peneroka Felda Sebagai Pemalas, Suka Berpoligami dan Membiak Seperti Kucing?