“Saya Tidak Pasti Siapa Yang Pekak” Dr Asri Balas Tun M

1264

Sejak semalam, tular komen Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang melabelkan Mufti Perlis, Dato’ Dr Asri Zainal Abidin sebagai pekak kerana menyuarakan pandangan tentang kedudukan agama Islam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Lantaran itu, Dr Asri atau lebih sinonim dikenali sebagai DrMaza telah menulis sesuatu di facebook rasminya sebagai balasan terhadap kenyataan Tun Mahathir.

Baca juga: Tun M Gelarkan Mufti Perlis Pekak Kerana Nyatakan Kedudukan Islam Semakin ‘Tidak Selamat’ Di Bawah PH

Beliau menulis;

Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya”.

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri”