Selepas 7 Tahun Beroperasi Tanpa Diganggu, Akhirnya Kiosk Dakwah Diangkut Pihak Berkuasa Langkawi

574

Kiosk dakwah yang telah berbakti memberikan bahan dakwah percuma kepada bukan Islam selama 7 tahun akhirnya diangkut pihak berkuasa Langkawi.

Kiosk yang dikunjungi oleh banyak pelancong itu malah pernah mengasbabkan beberapa orang untuk memeluk Islam.

Ia merupakan buah fikiran Ustaz Kamarudin Abdullah IPSI bersama dengan mualaf Iban, Encik Ali sebagai usaha untuk menyampaikan mesej murni Islam kepada pelancong – pelancong di Langkawi.

“Kiosk ini telah pun diketahui ramai, namun secara tiba – tiba peniaga di belakang melaporkan bahawa kiosk ini menghalang keuntungan bisnesnya” ujar Ustaz Kamaruddin.

Kiosk tersebut kemudian diangkut pergi kerana dikatakan telah ‘diletakkan tanpa kebenaran Majlis Daerah’.

“Sedangkan ketika kiosk ini dibangunkan, keizinan telah pun diminta kepada Haji Ismail Group, pemilik tanah tersebut. 6 tahun tiada masalah, tetapi mengapa Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP) baru mahu ambil tindakan?”

“Mengapa tidak diambil tindakan awal – awal lagi jika betul melanggar lalu lintas?” soal beliau.

Melihat kepada keadaan tempat di sekitar kiosk dakwah itu juga, alasan yang mengatakan bahawa ia menghalang lalu lintas pejalan kaki dianggap tidak benar.

Hal ini kerana masih terdapat ruang yang luas untuk pejalan kaki.

Tambah menghairankan, terdapat banyak peniaga lain yang meletakkan kiosk mereka di tepi jalan bahkan laluan kiosk mereka lebih sempit.

“Saya juga bertanya kepada lain2 kios adakah mereka juga menerima surat sepertimana saya,mereka kata tidak”