Selepas Dibantah Hebat, Kerajaan Buat U-turn Kekalkan Proton Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri dan Timbalan Menteri

607

Kerajaan memutuskan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan telah dimaklumkan oleh Proton bahawa jumlah kenderaan itu mencukupi.

“Kita baru sahaja dapat pengesahan bahawa ia mencukupi,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.