Selepas Terdedah Subsidi Ditarik, Tabung Haji Pinda Borang Rayuan Haji

808

Dari Facebook Najib Razak;

Setelah borang rayuan Haji yang membuktikan subsidi untuk rayuan haji ditarik terbongkar dan tular minggu lepas, Tabung Haji telah menukar borang rasmi mereka pagi ini.

Ayat “secara sukarela” untuk membayar kos penuh rayuan Haji RM22,900 telah ditambah dalam borang.

Tapi persoalannya ialah:

Adakah mereka yang tandakan “Tidak setuju” akan menerima pertimbangan yang sama dengan mereka yang bersetuju untuk membayar kos penuh?

Sudah banyak “jual aset untuk mantapkan kewangan”, Menteri Haji masih mahu tarik subsidi Haji?

Link untuk download borang rayuan Haji terbaru ada di sini: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/bantuan-haji-rayuan-haji?fbclid=IwAR3Ktllcf33_AHfGjTW-znVZafSYama4m3Rpgwi8iMEEi9IfOTwy0k4qcGA