Semakin Menyusahkan: Mulai Mei, Tukar Alamat Kad Pengenalan Perlu Dokumen Sokongan

528

PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) — Bermula 2 Mei ini, permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan cukai pintu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes “50 hingga 100 orang” menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.

“Ada permohonan alamat tetapi kawasan itu adalah tanah kosong tanpa rumah. Kita tidak mahu perkara itu berulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2018, di sini hari ini.