Siti Nurhaliza Nukilkan Sajak Buat Tun M, Siti Hasmah

328

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedikasikan sebuah sajak buat bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sajak khas itu ditulis Siti di ruangan komen akaun Instagram Tun, @chedetofficial baru-baru ini.

“Tun,
kami mengenang,
Setiap jasa yang telah disumbang,
Penuh tekad semangat juang.

Tun Siti, kami hargai,
Pengorbanan tanpa belah bahagi
Meminjamkan belahan hati, buat kami.
Tun berdua,
Doa kami tetap mengiringi,
Setulusnya rasa menghormati,

Semoga Allah sentiasa melindungi.”

Demikian nukilan Siti buat Tun.

Selain Siti, selebriti tempatan lain turut menzahirkan rasa penghargaan, kasih sayang dan terima kasih buat Tun Mahathir.

Antaranya Alif Satar, Naim Daniel, Uyaina Arshad, Scha Alyahya, Nad Zainal, Daiyan Trisha, Abby Abadi, Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira dan ramai lagi.

Dalam posting di Instagram itu, Tun Mahathir berkongsi sepotong video beliau dipeluk bersama iringan air mata oleh isteri, Tun Dr. Siti Hasmah selepas sidang media di Yayasan Al-Bukhary semalam.

Senario politik negara bertukar tangan pada pukul 10.30 pagi semalam apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sah diangkat sebagai Perdana Menteri baharu dan akan memacu kerajaan selepas ini.