Awas!!! SKMM Keluarkan Amaran Ancaman Siber Dari Penggodam Indonesia Menjelang Hari Kemerdekaan

999

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta revolusi jaringan internet dicipta pakar komputer dan pembangun perisian hari ini membolehkan manusia berkomunikasi tanpa sempadan. Hakikat yang perlu diakui hari ini ialah semua jenis komputer dan gajet yang berlambak serta berselerak di muka bumi hari ini dapat membantu menghubungkan sesiapa sahaja walau di mana mereka berada.

Manusia hari ini berkomunikasi dalam cara dan kaedah yang amat luar biasa kerana berhubung secara maya atau menerusi alam siber.

Namun, kecanggihan dan kepesatan ICT bukan sahaja mendatangkan kesan positif kepada kehidupan manusia, bahkan turut membawa kepada impak negatif yang boleh membahayakan kehidupan jika tidak diawasi dan ditangani sebaiknya.

Kecanggihan ICT juga memberi maksud manusia perlu bersedia dengan pelbagai ancaman yang mampu merosakkan kehidupan menerusi serangan siber terhadap sistem serta rangkaian komputer. Serangan siber adalah ancaman baru yang mendapat perhatian khusus banyak negara dan kerajaan hari ini. Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan cara serta paling membimbangkan, ia menyerang secara senyap.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui satu kenyataan menyatakan mempunyai maklumat berkenaan potensi serangan cyber ke atas organisasi di Malaysia oleh penggodam dari Indonesia.

Serangan ini berkemungkinan terdiri daripada (DDoS), (DoS), web defacement, pencerobohan dan malware. Kempen ini disasar untuk melancarkan serangan pada 8 malam, 30 Ogos 2019.

Antara impak atau kesan dari serangan ini, dijangka akan berlaku gangguan perkhidmatan, kebocoran maklumat, kehilangan maklumat, dan integriti maklumat dikompromi.

Kerajaan negeri Sabah juga dilihat sudah memberikan amaran berkaitan perkara yang sama melalui laman web rasmi mereka di url https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/ancaman-cyber-dari-indonesia-sempena-sambutan-hari-kemerdekaan