SPRM Bayangkan Pendedahan Dibuat Raja Petra Tulen?

921

Susulan beberapa siri pendedahan yang dibuat aktivis politik Raja Petra Raja Kamaruddin berhubung fail siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Mac telah membuat satu laporan polis.

Utusan Online melaporkan;

KUALA LUMPUR 1 Mac – Satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin mengenai kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata laporan terbabit telah dibuat semalam oleh pegawainya namun enggan mengulas lanjut di mana laporan itu dibuat.

Ujarnya, susulan laporan polis tersebut, SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Yang pasti saya telah meminta beberapa pegawai untuk berbuat demikian semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

Walau bagaimanapun, laporan polis yang dibuat SPRM berkaitan kebocoran kertas siasatan tersebut tidak merungkai persoalan sebenar yang timbul di benak rakyat.

Jika benar dokumen-dokumen yang disiarkan Malaysia-Today itu dibocorkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, maka bolehkah ianya disimpulkan bahawa semua isi yang terkandung didalam dokumen tersebut adalah benar?

SPRM sewajarnya turut tampil menafikan bahawa apa yang didedahkan Malaysia-Today sekiranya ianya adalah palsu.

SPRM perlu tampil dengan lebih telus, nafikan atau mengiyakan ketulenan dokumen tersebut.