Suratan Atau Kebetulan? Kempen #PRKSemenyih Bermula Sebelum Hari Penamaan Calon?

261

Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) telah menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Febuari manakala hari mengundi awal pada 26 Februari.

Walau bagaimanapun, kemeriahan di sekitar kawasan Semenyih sudah mula dirasakan dengan kehadiran menteri melakukan beberapa program bersama penduduk setempat meskipun belum melepasi hari penamaan calon.

Hari ini, media melaporkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan melakukan upacara pecah tanah untuk Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi, Semenyih.

Adakah program ini adalah kebetulan atau sememangnya dirancang untuk meraih sokongan rakyat setempat?

Maszlee juga di dalam kenyataan akhbarnya sebentar tadi meletakkan kelewatan pembinaan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat terdahulu.

Jika benarlah ianya satu kekhilafan kerajaan terdahulu, apa pula keperluan untuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut turun ke kawasan yang sama beberapa hari yang lepas?

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menggariskan peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Persoalannya, adakah kehadiran Dr. Maszlee dan Syed Saddiq ke kawasan Semenyih itu adalah satu suratan atau kebetulan?.

Dan sekiranya ia sebahagian dari kempen Pakatan Harapan untuk meraih sokongan di Semenyih, tidakkah ia melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan)2002?.