SUV Jatuh Laut: Hina Bomba, Lelaki Tetap Disiasat Walau Sudah Mohon Maaf

294

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang tetap meneruskan siasatan ke atas seorang lelaki yang menghina pasukan keselamatan itu ketika menjalankan operasi menaikkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang terjunam dari Jambatan Pulau Pinang walaupun dia telah meminta maaf.

Hinaan terhadap pasukan Bomba melalui komen di facebook.

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, pihaknya perlu meneliti sama ada permohonan maaf kepada Ketua Balai Bomba Jalan Perak, Ismail Mohd. Zain itu benar-benar ikhlas atau sekadar gimik memandangkan tindakan lelaki itu yang menghina anggota bomba telah tular di media sosial.

“Kes ini akan tetap dijalankan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu kerana maksud menghalang tugas anggota keselamatan berkenaan,” katanya.