Tanjung Piai: 4 Menteri 4 “Kebetulan”, Najib Sindir Tun M

371

Dari Facebook Najib Razak;

Agak banyak juga “kebetulan”yang melibatkan empat Menteri berasingan berlaku dalam tempoh satu minggu yang lepas sahaja.

1) 13 Okt 2019
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin umumkan peruntukan RM3 juta untuk kerja naik taraf serta pembinaan dewan di Kukup, Tanjung Piai.

2) 15 Okt 2019:
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar di Tanjung Piai dengan kos RM127,776.

Menteri juga menyampai geran MPKK kepada ketua kampung dalam Parlimen Tanjung Piai dengan peruntukan RM230,000.

3) 19 Okt 2019:
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mengumumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

4) 20 Okt 2019:
Menteri Pertanian Salahuddin Ayub umum peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai.

Saya ramal banyak lagi “kebetulan-kebetulan” akan berlaku selepas ini dan saya juga jangka bahawa semua “kebetulan-kebetulan” ini akan berlaku di kawasan Tanjung Piai.

Adakah ramalan saya tepat?