Teresa Kok Beri Setiap Ahli Parlimen Sebotol Minyak Sawit Merah Untuk Diamalkan Supaya Awet Muda Seperti Mahathir Dan Dirinya

573
Teresa Kok

Dewan Rakyat, 9 April : Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini memberikan setiap ahli parlimen di dewan rakyat sebotol minyak sawit merah dan sampel vitamin E Tokotrienol untuk menjadi awet muda seperti perdana menteri, Speaker dan beliau.

Sebelum itu, beliau juga berkata pengamalan pengambilan sesudu minyak sawit merah sehari akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan bertenaga.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di dewan rakyat sebentar tadi.

“Pada petang ini, semua ahli berhormat akan diberi satu botol minyak sawit merah dan juga sample vitamin E Tokotrienol semua akan dapat. Supaya semua jadi awet muda seperti YAB perdana menteri kita dan juga seperti dato yang dipertua dan juga saya” – Teresa Kok.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu satu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen “Sayangi Sawitku”.

Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1.4 billion yang tidak dinamakan, jika mereka guna kelapa sawit satu camca setiap hari, negara Malaysia akan menikmati kekayaan.

“Kita harap, semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari. Ada sebuah negara yang saya tak payah namakan, negara ini mempunyai penduduk seramai 1.4 billion. Kalau mereka boleh dipujuk guna kelapa sawit satu camca satu hari, kita akan terus menjadi kaya. Inilah harapan kita.” – Tun Dr Mahathir.

Video ucapanya itu tular di media sosial dan menjadi bahan jenaka netizen.

Minggu lalu, Teresa Kok mendedahkan bahawa beliau sebelum ini tidak tahu mengenai kebaikan minyak kelapa sawit, dan hanya belajar mengenainya semenjak menjadi menteri.

“Selepas saya jadi menteri industri utama, saya baru belajar tentang kebaikan, khasiat minyak sawit kita dan saya juga belajar nak melawan balik kempen anti sawit Eropah. Bila saya dengar banyak taklimat pada tahap permulaan jawatan saya, saya tanya saya sendiri: kenapa saya tidak tahu semua cerita ini?” – Teresa Kok.

Beliau berkata demikian dalam satu program “Soal Rakyat” yang disiarkan di stesen televisyen TV3 di mana beliau turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan kempen Sayangi Sawitku, anjuran kementeriannya.

Selain itu, Teresa Kok juga mengakui tidak tahu bahawa minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk menggoreng atas sifatnya yang dapat menahan suhu yang tinggi kerana tiada sesiapa memberitahunya hal tersebut.

“Saya sendiri pun tidak tahu yang minyak sawit itu begitu baik khususnya kalau kita nak goreng, goreng ayam, goreng apa, mesti pakai minyak sawit kerana ia boleh tahan tahap kesuhuan yang tinggi. Jadi maklumat ini tak ada orang beritahu saya. ” – Teresa Kok.

Beliau juga mendedahkan bahawa sebelum ini beliau pernah menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng ikan.

“Saya rasa lucu juga, saya pernah menggunakan olive oil untuk goreng ikan tau, dan olive oil tak boleh guna untuk goreng, hanya boleh makan secara mentah. Tengok, itu ini pengetahuan saya pun tak tau!” – Teresa Kok.

Sebelum ini, Menteri Industri Utama itu berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia dihentikan, dan mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.

“Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh” – Teresa Kok