Terima Gelaran Datuk, Norhizam Langgar Arahan Pemimpin Atasan DAP, Bakal Dikenakan Tindakan?

520

Dari Facebook Dr Kamarul Yusoff;

TIMBALAN PENGERUSI DAP MELAKA BAKAL DIKENA TINDAKAN?

Pada 16 Oktober 2018, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bahawa wakil rakyat DAP tidak boleh lagi menerima gelaran Datuk semasa berkhidmat.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/16/tak-boleh-terima-gelaran-datuk-kata-dap/

Pada 28 Oktober 2018, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melaungkan amaran terbuka bahawa mana-mana wakil rakyat DAP yang menentang keputusan parti dengan menerima gelaran Datuk semasa berkhidmat akan dikenakan tindakan disiplin.

Pada 11 Oktober 2019, ADUN Pengkalan Batu merangkap EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee, diumumkan menerima gelaran Datuk.

Baca juga: Norhizam Hassan Baktee Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka, Bawa Gelaran Datuk

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah Lim Guan Eng dan Anthony Loke Siew Fook ada 'batu' untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas ‘beliau’ atas penentangan ini.