Terkini!!! Exco Kerajaan Negeri Melaka Disyaki Terlibat Upacara Berkaitan Pengganas Ditahan Polis

474

Polis menahan seorang EXCO kerajaan negeri pagi ini, dipercayai kerana terbabit dalam majlis memperingati upacara perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Penahanan EXCO daripada DAP itu disahkan Ketua Menteri, Adly Zahari pada sidang media mesyuarat EXCO, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

“Ada maklumat seorang EXCO ditahan polis Bukit Aman. Secara dasar. kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, EXCO berkenaan akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Adly tidak dapat menjelaskan punca EXCO terbabit ditahan.

Sementara itu, sumber berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabat beliau kira-kira jam 8.45 pagi tadi di Seri Negeri.