Tiada Rancangan Pinda Undang-undang Berkaitan Isu Bersemburit – Tun M

271

Kerajaan tidak merancang untuk menyemak semula peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan liwat dan fellatio, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam jawapan bertulis parlimen, perdana menteri berkata hukuman sedia ada bawah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan sudah mencukupi.

Seksyen 377B berkaitan kesalahan berkaitan persetubuhan luar tabii dan 377C pula melibatkan kesalahan sama tetapi tanpa kerelaan.
Iklan

Bawah Seksyen 377B pihak yang disabitkan bersalah boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan sebatan; manakala bagi 377C pula hukuman ditetapkan antara lima hingga 20 tahun penjara dan sebatan.