Tidak Ambil Iktibar Kritikan Netizen, Ahli Parlimen DAP Terus Agih Bantuan Dari Zakat Pulau Pinang Di Dalam Masjid

1372

Tindakan netizen yang mengkritik tindakan beberapa wakil rakyat bukan Islam mengagihkan bantuan dari Zakat Pulau Pinang dilihat tidak sedikit pun meninggalkan kudis dikalangan mereka.

Selepas tindakan sama dari Adun Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit dikecam netizen, hari ini seakan tanpa menghiraukan kecaman terhadap rakan politiknya itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto didapati mengulangi perlakuan tersebut.

Artikel Berkaitan: ADUN Bukan Islam Pulau Tikus Agih Kit Bantuan : Zakat Pulau Pinang Tampil Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Zakat Harus Diagihkan Oleh Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

Melalui facebook Kasthuriraani Patto, satu kemaskini dibuat mengenai Program Pemberian Hamper Zakat dan Moreh Di Masjid Permatang Batu.

Sementara itu, seorang penasihat syariah, saudara Aznan Hasan yang mengulas tentang isu yang sama, menulis di facebook miliknya;

Aznan Hasan

Sepanjang saya menjadi penasihat syariah bank2 (sama ada sebagai chairman atau ahli biasa), pengalaman saya ialah, kita amat berjaga dengan agihan zakat. Kita akan pastikan bahawa agihan zakat ini jauh daripada capaian ahli politik. Bahkan, pernah kita menolak proposal agihan zakat daripada seorang menteri untuk beliau agihkan kepada kawasan beliau. Menteri tersebut call saya secara peribadi, dan bertanya kenapa tak benarkan. Saya memberitahu beliau kenapa kita tak nak agihan zakat ini diberikan oleh ahli politik, walaupun beliau adalah menteri dan agihan tersebut adalah utk kawasan beliau. Beliau berhujah bahawa mereka yg pegawainya beri nama tersebut adalah asnaf yg sepatutnya menerima sumbangan. Saya kata tak ada masalah. Kami boleh buat assessment kami dan kami akan serahkan, tanpa perlu kehadiran beliau. (Beliau bertanya, bolehkah saya hadir? Jawapan saya: Sesiapa saja boleh hadir. Tak ada masalah. Tapi utk nak serah dan berucap, kita tak dapat beri.) Kami tak mahu agihan zakat ini menjadi milage politik sesiapa sekalipun. Apa yg penting adalah zakat sampai kepada mereka, tak penting melalui sesiapa, termasuklah beliau. Daripada nada suara beliau, saya tahu beliau tetap tak berpuas hati, namun beliau tahu, itu prinsip yg kami pegang. Jika ini yang kita lakukan kepada MP dan ADUN Muslim, apatah lagi jika agihan zakat ini, menjadi milage kepada MP arau ADUN yg bukan Islam.

Ini adalah pengalaman saya. Penasihat Syariah lain, saya tak tahu.