Timbalan Menteri Diserang Stroke, Alami Pendarahan Otak

600

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir dimasukkan ke wad selepas mengalami strok.

Menurut pegawai Amanah, Anuar kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur namun berada dalam keadaan stabil.

Anuar juga merupakan Anggota Parlimen Temerloh dan setiausaha agung Amanah.

Pegawai parti itu berkata, imbasan CT (Computed Tomography) menunjukkan Anuar mengalami pendarahan otak.

Bagaimanapun, doktor memutuskan beliau tidak akan menjalani sebarang pembedahan buat masa sekarang.