Timbalan Menteri Kerja Raya Sahkan Wujud Cadangan Kearah Penswastaan JKR

494

TEMERLOH – Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir menegaskan usaha bagi penswastaan Jabatan Kerja Raya (JKR) masih di peringkat cadangan awal.

Ini berikutan penularan dokumen memorandum bantahan untuk menswastakan agensi terbabit di laman sosial Facebook baru-baru ini hingga pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada keputusan yang dibuat bagi melaksanakan cadangan tersebut.

“Itu hanya satu cadangan untuk melihat pro dan kontra dan belum sampai kepada sebarang keputusan.

Baca juga : Dokumen Perincian Pengkorporatan JKR Tersebar : Ketahui Nasib Kakitangan Yang Menolak Dasar Ini Melalui ‘Slide’ Yang Dikongsikan

Baca juga : Individu Terlibat Sediakan Memorandum Bantah ‘Penswastaan’ JKR Disiasat?

“Keputusan akan dibuat oleh Kabinet jadi ia hanya perbincangan, Malaysia ini negara viral benda yang belum matang pun sudah diviralkan,” katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran Larian Patin di Dataran Star Mall, di sini, hari ini.

Seramai 1,600 peserta dari pelbagai peringkat latar belakang dan kaum menyertai larian sejauh lima kilometer (km) yang julung kalinya diadakan di daerah ini.