Tindakan Saman Keatas Peguam Negara Perlu Disegerakan – Puad Zarkashi

381

Kuala Lumpur: Susulan dakwaan berlaku kecuaian dan kesilapan yan dilakukan Peguam Negara oleh Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz semalam berkaitan kegagalan menjalankan tugas perlembagaan, hari ini mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi tampil mendesak agar tindakan saman terhadap Tommy Thomas dijalankan dengan kadar segera.

Beliau melalui hantaran melalui facebook menulis;

Tindakan Peguam kepada enam orang bekas ahli SPR untuk menyaman Peguam Negara patut disegerakan. Ternyata Peguam Negara memberikan nasihat yang salah kepada PM, PM pula gunakan nasihat yang salah itu untuk memberikan nasihat yang salah kepada Yang diPertuan Agung.

Bagaimana AG boleh menasihatkan PM supaya diwujudkan Tribunal untuk menyiasat salah laku enam bekas ahli SPR berkenaan? Kalau bersalah akan diberhentikan sebagai ahli SPR sedangkan mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan sejak November 2018 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Apa perlunya memecat orang yang sudah meletak jawatan. Memang membuang masa dan membazirkan dana awam. Saya cuma tidak bersetuju mengatakan kes ini sebagai “The black day of the rule of law in Malaysia”. Black day sudah berlaku apabila AG menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.

Ye memang pelik Tribunal diwujudkan semata mata kerana sepucuk surat dari BERSIH kepada PM yang komplen kononnya enam bekas ahli SPR melakukan “misconduct” seperti tempoh berkempen yang pendek semasa PRU ke 14.

Kenapa BERSIH tidak mendesak supaya Pengerusi SPR meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap Manogaran DAP yang masuk ke pusat mengundi dengan pakaian berlogo parti. Kenapa BERSIH senyap kes bagi duit yang Lim Kit Siang dakwa sebagai duit minyak. Apa BERSIH lakukan apabila PH menggunakan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang semasa kempen?

Malaysia bertambah parah dengan gelagat AG Tommy Thomas. Bertambah tambahlah “ketidakadilan” yang mengancam “keadilan”.