Tol : Kenapa Tak Lanjutkan 100 Tahun Lagi? Sindir Najib Kepada Guan Eng

280

Dari Facebook Najib Razak;

Petang tadi, Guan Eng kata jangan terpedaya hasutan pembangkang tentang tol PLUS.

Lim berkata “Ada yang membuat perkiraan, mereka cakap 18 tahun anda bayar RM10. Lebih baik tak berbanding selama 38 tahun hanya membayar RM82 ringgit kerana 100 ringgit adalah untuk tempoh selama 18 tahun,” katanya.

Lim berkata rakyat juga perlu memikirkan nilai wang yang akan dibayar untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Contohnya hari ini anda membayar RM1,000 dan dalam tempoh 10 tahun lagi anda masih membayar nilai yang sama, anda boleh rasai manfaat akan nilai wang pada masa itu dengan hanya masih membayar nilai sama, sudah tentu 10 tahun lagi nilai wang RM1,000 itu sudah tidak sama dengan hari ini,” katanya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/216457
———————
Komen saya:

1. Guan Eng kata bila kita bayar tol pada masa depan, nilai sebenar caj tol (yang tetap sama harga) adalah lebih rendah berbanding sekarang kerana nilai wang sudah turun masa itu.

Sebab itu, dia gandakan baki tempoh tol dari 18 tahun ke 38 tahun lagi.

2. Jika begitu, kenapa tak lanjutkan 100 tahun lagi kerana lagi jauh ke masa depan, lagi kurangnya nilai wang masa itu.

3. Mengikut logik Guan Eng, adakah kerajaan BN masa saya PM juga telah “turunkan” kadar tol sebenar memandangkan kita tidak naikkan kadar tol sebanyak 12 tahun dari tahun 2005 hingga 2017 tanpa keperluan melanjutkan konsesi tol?

4. Kenapa tak jawab soalan paling mudah yang saya pernah tanya berulang kali?

Pihak yang mana akan beri subsidi kepada kerajaan supaya mereka tidak perlu lagi bayar pampasan tahunan?

Pihak yang mana akan beri subsidi untuk menampung diskaun 18% kepada pengguna tol?

Sudah tentu jawapannya ialah pencarum KWSP dan pengguna tol masa depan.