TV AlHijrah Saji 12 Rancangan Terbaik Sepanjang Ramadan Ini

235

Menjalani ibadah puasa sewaktu diduga dengan ujian wabak Covid-19 bukanlah alasan untuk umat Islam seantero dunia bermurung durja, lemah serta kalah kepada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.

Umat Islam yang beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman seharusnya menjadikan pelaksanaan ibadah puasa 1441H saat diserang virus sekecil zarah ini sebagai ruang untuk menambah ketakwaan, keimanan dan nilai integriti di dalam diri.

TV AlHijrah Memperkenalkan 12 Rancangan Baru Sempena Ramadan Tahun Ini

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyeru seluruh umat Islam terutamanya penonton setia stesen ini untuk menghayati dan menjalani ibadah puasa secara bijaksana dengan sudut pandangan berbeza namun penuh kebaikan mengikut acuan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris, “TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1441H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci Hati sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa”.

“Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan penghayatan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap perbuatan, mengelakkan pembaziran, melipatgandakan ibadah dan banyak lagi.”

“Paling istimewa, menerusi tema ini, kita didik nurani dan melatih empati diri penonton untuk lebih peka kepada nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang sangat terkesan dari sudut ekonomi dan psikososial dek penangan pandemik global ini.” katanya.

“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.”

“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. Jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah ini. Kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Kita harus menjadi juara.”

TV AlHijrah Memperkenalkan 12 Rancangan Baru Sempena Ramadan Tahun Ini

Perencanaan kempen Ramadan Menyuci Hati ini dilaksanakan di dwi platform iaitu di platform televisyen dan di platform digital.

“Kita yakin, TV AlHijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton. Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV AlHijrah menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik yang lain. Malahan laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.”

“Tontonlah rancangan kami. Ia pasti mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT.”

Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam program khusus untuk kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.

Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

TV AlHijrah Memperkenalkan 12 Rancangan Baru Sempena Ramadan Tahun Ini

Disamping program-program ramadan ini, TV AlHijrah juga sedang menyusun dan merangka strategi bagi kempen musim haji yang akan datang. Kerjasama dari pihak- pihak korporat yang berminat untuk menaja pada kempen musim haji hadapan amatlah dialu-alukan.

Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat untuk semua lapisan umur telah disediakan.

Senarai Rancangan Baru TV ALHijrah

TV AlHijrah Memperkenalkan 12 Rancangan Baru Sempena Ramadan Tahun Ini

Siaran Televisyen


QURANTIME (Setiap Hari | 12PM – 1PM)
TAZKIRAH JUMAAT (Setiap Jumaat | 1PM)
TAUSIYAH USTAZAH ASMA (Setiap Selasa | 7.30PM)
TADARUS 30 JUZUK (Setiap Hari | 6.30AM)
IHYA RAMADAN (Setiap Hari | 6.30PM)
MUNAJAT (Setiap Sabtu | 9 PM)
NGAJI ON THE GO: USTAZ & ARTIS LELAKI (Setiap Sabtu & Ahad | 6 PM)
NGAJI ON THE GO: USTAZAH & QARIAH (Setiap Rabu | 7.30 PM)
KEMBARA SUFI JEJAK BUMI ANBIYA (Setiap Isnin – Rabu | 6 PM)
ASSALAMAUALAIKUM ISTIMEWA RAMADAN (Setiap Hari | 7.30 AM)

Siaran Live Facebook (pautan di facebook)
TV AlHijrah Memperkenalkan 12 Rancangan Baru Sempena Ramadan Tahun Ini


E-KAUNTER NETIZEN BERSAMA SYAMSUL DEBAT (Setiap Hari | 6.30 PM)



NGAJI ON THE GO (Setiap Rabu & Khamis | 9 PM – Setiap Jumaat | 2 PM)