Ujian Air Kencing Adun Dengkil Negatif, Dikelaskan Sebagai NFA

606

Keputusan ujian patologi pada sampel air kencing anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah dan beberapa orang lagi susulan serbuan di sebuah kondomonium di Puchong, Januari lalu didapati negatif, lapor Malaysiakini.

“Keputusan ujian air kencing negatif,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ramli Din kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Justeru, katanya, kes itu dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), walaupun terdapat individu yang didapati positif.

Pada awal tahun ini, 17 orang ditangkap dalam serbuan kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah JSJN sebelum ini Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun ujian awal mendapati keputusannya positif, mereka harus menunggu keputusan ujian pathologi untuk pengesahan.

Polis sebelum ini berkata 16 daripada 17 individu yang ditahan positif dadah.

Adhif pada mulanya menafikan ditahan tetapi kemudian berkat beliau berada “di tempat yang salah pada masa yang salah”.

Minggu lepas, Adhif dan tiga lagi Adun Bersatu Selangor mengumumkan menyokong Pakatan Harapan negeri.