AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng telah mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.

“Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka, ” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya di Puchong hari ini.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Sekalipun menegaskan tidak terlibat dengan kem Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, masih terdapat beberapa individu yang dilihat cuba untuk mengaitkan beliau dengan parti tertentu seperti DAP dan PKR.

Pemilik akaun facebook, Abdullah Abdullah menulis;

Baru baru ni tersebar berita seorang aktivis ngo yang terkenal dgn rumah sewa RM1 di Puchong, menawarkan diri untuk bertanding di #PRKSemenyih.

Persoalannya kenapa plak tetiba lelaki yang lebih dikenali sebagai “uncle kentang” ini beria sgt nak menceburkan diri dalam arena politik sebagai calon bebas??

Lebih mengejutkan apabila baru baru ini beliau mengeluarkan kenyataan kononnya ada org yg memfitnah beliau mengatakan mantan perdana menteri Dato’ Seri Najib telah memberi “dedak” kpd beliau bertanding di PRK Semenyih bg melaksanakan strategi pecah undi utk BN menang.

Rupa rupanya dibelakang beliau adalah Dato’ Paul Lim Tau Ern seorang MD syarikat Premiumlogy Holding Sdn. Bhd yg menjalankan perniagaan “souvenir” dan mempunyai rangkaian perniagaan yg besar dalam negara.

Dato’ Paul Lim juga adalah owner rumah RM1 tersebut dan merupakan pengasas sebenar RM1 Home tersebut.

Dato’ Paul Lim ni merupakan penaja dan penyokong kuat PKR dan DAP. Antara kenalan rapat beliau adalah Tian Chua dan Khalid Samad.

Syahril A. Kadir

Sungguh pun begitu, wartawan terkenal, Syahril A. Kadir pula tampil dengan pandangan berbeza.

Syahril mempertikaikan kewajaran pemilik akaun tersebut menuduh Kuan Chee Heng sebagai Agen DAP dan membandingkan dengan penyumbang dana surau di kawasan perumahan beliau.

Melalui hantarannya di facebook, beliau menulis;

BILA Kuan Chee Heng NAK BERTANDING P/RAYA, DIA BARUA DAP…MASA DIA TOLONG ORANG MELAYU TAK MAKAN – DIA BARUA SIAPA?

Walaupun abam kurang sihat, tetapi abam terpaksa gagahkan juga menulis tentang isu Uncle Kentang yang dituduh barua dan proksi DAP, yang kononnya hanya nak memecahkan undi PRK Semenyih nanti.

Abam nak imbas pengalaman abam dan kengkawan sewaktu hendak mendirikan surau di kawasan perumahan kami lebih dua tahun lepas.

Di antara penyumbang dana untuk surau kami tu memang kami kenal, ada orang UMNO, orang Pas, orang PKR dll. Malah entah2 mungkin ada penyokong DAP juga yang turut menyumbang, maklumlah orang Melayu pun byk join DAP skrg ni. Adakah kami barua mereka?

Begitu juga dengan Chee Heng, sudah tentu sepanjang bertahun dia buat kerja2 kebajikan ni, pasti ada pelbagai pihak yg membantunya.

Ingat semua benda-benda waima sekampit beras ni GEDEBUK jatuh dari langit ke? Van jenazah yang Chee Heng beli tu guna ayor paip ke kalau nak bergerak? Ubat-ubatan dan ambulans yg dia beli tu guna air liur ke weh…semua guna duit bang.

Untuk rekod, majoriti orang yg dia bantu semua orang Melayu. Time dia dok bergolok-bergadai bantu orang Melayu yg miskin, terbiar dan melarat tu, kita yg dok kata dia barua DAP ni dok buat apa kat rumah? Layan drama Pujaan Hati Kanda ke? Atau dok asyik teriak tengok baby Pian kat AJL?

Kena ingat, Chee Heng bukan Robert Kuok. Mungkin betul ada penyokong DAP yang membantu beliau tetapi for ur info, ramai juga orang Melayu yang tampil menghulurkan sumbangan sama ada duit atau barang2 makanan melalui beliau.

Di rumah dia, bukan saja penuh dengan orang Melayu yang minta bantuan, orang Melayu yang singgah hulur dan sumbang bantuan pun ramai, hah, yg tu kita nak kategorikan sebagai apa pulak – UNCLE KENTANG BARUA MELAYU?

Jangan risau, adalah mustahil Chee Heng boleh menang p/raya Semenyih tapi bagi jelah peluang untuk dia bertanding, hak dia kot, bukan salah dr sisi undang2 pun.

Setakat deposit tu berapalah sangat, dia tak payah minta sponsor kat mana2 parti pun, dia habih duit sehari bantu orang susah pun dua tiga kali ganda lebih dari tu.

So daripada kita marah dan dok ingat buruk pasal orang tua ni, apakata kita pula ambil alih usaha dia selama ni, camne, ada berani?

Ke kita rasa bayar zakat fitrah setahun sekali tu dah gerenti masuk syurga?

C’mon…jgn hanya risau salur darah sempit ke jantung, pemikiran sempit ke otak pun kena risau juger.