Ungkapan ‘Diktator’ Diucap Nurul Izzah Bukan Dimaksudkan Kepada Tun M Sahaja – Anwar

614

 ‘Diktator’ yang dimaksudkan Nurul Izzah Anwar bukan “sepenuhnya” ditujukan kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata presiden PKR.

Mendakwa wawancara itu dilakukan sudah lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami, malah mengambil maklum kenyataan anak sulungnya.

“Pada saya, (kenyataan itu) tidak sepenuhnya ditujukan kepada Tun Mahathir, tetapi ditujukan juga kepada pemimpin-pemimpin lain yang menyuarakan pandangan mereka dan menyerang satu sama lain,” katanya kepada pemberita.

Anwar berkata beliau dan keluarga masih teguh menyokong kepimpinan Mahathir termasuk memberi ruang melaksanakan inisiatifnya.

Namun wakil rakyat Port Dickson itu berkata ia tidak bermakna mereka tidak boleh berbeza pendapat atau mengkritik.