Usaha Julang Mahasiswa Biadap Sebagai Ikon Dan Wira, Kita Tidak Boleh Diam – Firdaus Wong

304

Dari facebook Firdaus Wong Wai Hung;

Apabila media dan ahli politik mengangkat seorang yang biadap sehingga dijulang sebagai ikon dan perwira, kita tidak boleh diam. Bukan untuk diri kita tetapi untuk generasi akan datang.

Menormalisasikan kebiadapan atas apa nama jua sekalipun perlu ditentang. Kebiadapan dijustifikasi kononnya VC UM rasis tetapi di manakah rasisnya? Hanya Melayu yang rasis bila membentangkan fakta ekonomi?

Pelajar Melayu diminta untuk meminta maaf untuk mendapatkan sijilnya tetapi si biadap ini diberikan layanan hero malahan mendesak UM menarik balik laporan polis terhadap beliau?

Usaha menormalisasikan kebiadapan akan melahirkan lagi pelajar yang biadap maka majlis konvokesyen selepas ini akan bertukar menjadi majlis biadap membiadapkan antara pelajar untuk melihat siapa paling biadap kerana nama mereka akan dijulang oleh media dan ahli politik sebagai ikon dan perwira tetapi wira negara seperti tentera dan polis diminta berkebun dan dianjingkan.

Kebiadapan budak biadap itu tidak melayakkan dia dijulang sebagai ikon keberanian tetapi ikon kebiadapan. Apakah kita sedang melahirkan lebih ramai pelajar yang perasan IQ tinggi tetapi EQ yang rendah hasil dari kerakusan media & ahli politik yang memang umpama dubuk mencari ruang dan peluang merampas makanan (publisiti) dari sesuatu insiden.

Sila fahami bahawa si biadap Wong itu tidak mewakili saya yang juga bernama Wong.